Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada Ahad, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC). Foto hiasan Envato

Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Myanmar, tiada kerosakan dilaporkan

ByBernama

ANKARA, 13 April: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada Ahad, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).

Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar menyatakan kekuatan sebenar gegaran pada 5.5 skala Richter, lapor Anadolu Ajansi (AA).

EMSC melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 14.5 kilometer timur laut bandar Wundwin, dalam wilayah Mandalay, dengan kedalaman 35 kilometer (21.7 batu).

Negara Asia Tenggara itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah tengah, kawasan yang dihuni oleh 17 juta penduduk pada 28 Mac lalu.

Kira-kira 3,649 orang terkorban, 5,018 cedera dan 145 lagi masih hilang akibat bencana itu.

Sejak 28 Mac, sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan