Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Fazzrudin Abdul Rahman menulis di laman sosialnya tentang keyakinan terhadap keupayaan Kuching City FC menjelang pertemuan menentang JDT.

Fazzrudin yakin Kuching City FC mampu tamatkan saingan di kedudukan tiga teratas

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 April: Pengerusi Kuching City FC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman menyuarakan keyakinan tinggi terhadap keupayaan pasukan menjelang pertemuan penting menentang juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menzahirkan harapan agar Kuching City FC dapat menamatkan saingan musim ini dengan bergaya serta menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok tiga teratas liga.

“Kelab kecil, semangat besar, kebanggaan Sarawak. Mari kita akhiri musim ini dengan bergaya. Misi tangga ketiga,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu Fazzrudin turut merakamkan penghargaan kepada barisan kejurulatihan dan pemain atas komitmen serta kerja keras mereka sepanjang musim ini.

“Saya hormati semua jurulatih dan pemain. Saya sangat bangga dengan anda semua, Kuching City FC,” tambahnya.

Sebelum ini Kuching City meraih pujian ramai apabila berjaya memberi tentangan sengit ketika berkunjung ke Iskandar Puteri pada September 2024.

Meskipun tewas 2-1 terhadap JDT ketika itu, anak-anak buah Aidil Sharin Sahak membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya menampilkan corak permainan yang seimbang.

Kuching City dijadual akan menerima kunjungan JDT pada 16 April di Stadium Negeri pada jam 8.15 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan