Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 ADUN Stakan, Datuk Hamzah Ibrahim di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Stakan, Kota Samarahan. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Abang Johari tamatkan kunjungan raya ke-15 di Majlis Rumah Terbuka ADUN Stakan

ByLuqman Muhammad

KOTA SAMARAHAN, 13 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menamatkan siri kunjungan Aidilfitri Syawal ke-15 beliau dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim.

Ketibaan Premier pada jam 1.40 petang disambut dengan penuh mesra oleh Hamzah serta lebih 1,000 orang tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat setempat yang berlangsung meriah di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Stakan, di sini.

Pada majlis tersebut, Abang Johari turut menyempurnakan penyerahan simbolik geran kepada 10 wakil penerima bagi pelbagai institusi seperti masjid, surau, gereja, sekolah dan pertubuhan masyarakat.

Sejumlah 70 penerima keseluruhan menerima manfaat daripada geran tersebut, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM280,000.

Dana itu bertujuan membantu membiayai aspek pembangunan, penyelenggaraan serta aktiviti pengurusan institusi berkenaan.

Majlis turut dimeriahkan dengan hidangan tradisional Hari Raya Aidilfitri, persembahan kebudayaan serta sesi ramah-mesra antara masyarakat dan pemimpin, menjadikan suasana lebih mesra dan bermakna.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan