KUCHING, 13 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hari ini menghadiri dua Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pemimpin negeri di Petra Jaya.
Abang Johari terlebih dahulu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim.
Usai itu, beliau dan isteri kemudiannya turut berkunjung ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Ketibaan Abang Johari di pekarangan kediaman tersebut pada pukul 10.55 pagi dan disambut oleh Dr. Abdul Rahman dan isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidi.
Dalam kunjungan itu, Premier Sarawak turut meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut. – TVS