BINTULU, 13 April: Satu kebakaran melibatkan enam rumah teres satu tingkat berlaku di Taman Bukit Orang, di sini pada awal pagi Ahad, menyebabkan kemusnahan terhadap kediaman dan kenderaan penduduk.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tiga rumah musnah sepenuhnya, satu rumah terbakar 70 peratus, satu rumah terbakar 40 peratus pada bahagian siling dan dinding, manakala satu lagi terbakar 30 peratus di bahagian yang sama.
“Kebakaran turut memusnahkan tiga kenderaan yang terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12:26 pagi, dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu tiba di lokasi empat minit kemudian pada jam 12:30 pagi, diikuti bantuan daripada BBP Kidurong.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. – TVS