Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis telah merakam keterangan 186 saksi dalam siasatan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya setakat ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Foto Anwar Ibrahim (FB)

186 saksi telah dirakam keterangan dalam siasatan kebakaran saluran gas – Polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 April: Polis telah merakam keterangan 186 saksi dalam siasatan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya setakat ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata selain membabitkan 138 mangsa kebakaran itu, polis turut merakam keterangan enam wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, seorang wakil Pejabat Tanah dan Galian serta wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Petronas, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Kementerian Kesihatan, pakar Universiti Kebangsaan Malaysia dan pemaju serta kontraktor.

“Sebanyak 774 laporan polis juga telah diterima berkaitan insiden ini setakat 8 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussein berkata pihak Petronas Gas Berhad, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kini sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di lokasi ground zero.

“Unit Dron Pasukan Gerakan Udara PDRM meneruskan tinjauan udara waktu malam di lokasi ground zero bagi membantu Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memantau kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan bencana,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein berkata Op Mega Pembersihan yang memasuki hari kedua hari ini dijalankan  di kawasan Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru, yang telah disahkan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dan JKR.

Beliau berkata 137 pegawai dan anggota PDRM terlibat dalam operasi pembersihan itu dengan 40 orang dalam penugasan kawalan keselamatan manakala 97 orang dalam penugasan pembersihan.

Kebakaran saluran gas pada 8.10 pagi, 1 April lepas itu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan