Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPD Sibu, ACP Zulkipli Zuhaili

Wanita rugi RM110, 000 terpedaya ‘jackpot’ loteri

SIBU, 12 April: Impian seorang wanita tempatan untuk menjadi kaya sekelip mata musnah apabila dia menjadi mangsa penipuan licik membabitkan tiga individu yang mendakwa boleh membantunya menuntut hadiah loteri bernilai RM500,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berusia lingkungan 50-an membuat laporan polis pada 11 April selepas menyedari ditipu untuk membayar sejumlah RM110,000 bagi proses tuntutan hadiah tersebut.

“Kejadian bermula pada 20 Mac apabila mangsa bertemu dua individu baharu dikenali di sebuah restoran makanan segera di Tanah Mas di sini. Ketika berbual, mereka didatangi seorang lelaki warga asing yang mendakwa telah memenangi RM500,000 menerusi nombor ramalan, tetapi tidak boleh menuntutnya kerana bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki warga asing itu kemudian menawarkan peluang kepada mangsa untuk menuntut hadiah itu bagi pihaknya, dengan syarat dia perlu membayar RM200,000.

Dua kenalan yang baru dikenalinya itu turut berpura-pura ingin ‘membantu’ dengan menyumbang RM150,000 dan RM20,000 masing-masing untuk meyakinkannya.

Terpedaya dengan janji manis mereka, mangsa menyerahkan RM110,000 kepada suspek menerusi satu transaksi bank atas talian dan empat pembayaran tunai secara berperingkat antara 20 hingga 31 Mac.

“Mangsa dimaklumkan proses penebusan wang akan mengambil masa tiga minggu.

“Namun selepas tempoh itu berlalu tanpa sebarang bayaran diterima dan dia diminta membayar lagi RM3,000, barulah dia sedar dirinya ditipu,” jelas Zulkipli.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan