Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Limpaong malam tadi. Foto TVS

SSLR, Lebuh Raya Kawasan Utara hubungkan Limbang dengan dunia luar

LIMBANG, 12 April: Bahagian Limbang yang sebelum ini terasing kini dihubungkan dengan perlaksanaan rangkaian jalan raya melalui projek Jalan Penghubung Sabah Sarawak (SSLR) dan Lebuh Raya Kawasan Utara yang kini rancak dibina.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, SSLR satu pilihan utama rakyat di utara negeri ini untuk ke Miri mahupun ke Sabah tanpa melalui negara jiran Brunei Darussalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, menambah Lebuh Raya Kawasan Utara yang akan memulakan pembinaan suku pertama tahun ini menghubungkan Limbang Lawas dan ke Miri melalui negara jiran tersebut.

“Pembangunan jalan raya yang menghubungkan Limbang ke Lawas tanpa memasuki daerah Temburong Brunei terus ke Miri dan Marudi menggunakan jalan SSLR.

“Ada juga jalan dari Limbang ke Lawas yang masuk melalui Brunei yang dinamakan Lebuh Raya Kawasan Utara dan dalam lebuhraya ini akan terbina dua buah jambatan lagi, selain pembinaan jambatan Sungai Limbang yang kedua yang dijangka siap hujung tahun ini,” katanya berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Limpaong malam tadi.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Bahagian Suriani Yusop dan Penghulu Zahedi Asol.

Kata Dr Abdul Rahman jajaran baharu SSLR tidak akan melalui negara Brunei sebaliknya melalui jajaran daripada Mulu, Gunung Buda, Limbang dan Lawas yang turut meliputi jalan ke rumah panjang dan perkampungan di pedalaman kawasan utara Sarawak.

Kerja-kerja pembinaan yang bermula sejak 2021 mengambil masa selama 53 bulan untuk disiapkan mengikut kontrak dengan kos RM1.2 bilion.

Fasa pertama SSLR melibatkan pembinaan jalan sepanjang 77 kilometer (km) dari Lawas ke Persimpangan Long Lopeng.

Manakala katanya projek Lebuh Raya Kawasan Utara membabitkan peruntukan besar selain menampilkan reka bentuk unik dan menarik dengan memasukkan pembinaan jalan raya bertiang sepanjang dua kilometer.

Katanya, jalan raya bertiang itu juga merupakan yang terpanjang di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan