Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad ketika menyampaikan Anugerah kepada rakan strategik DBP Cawangan Sarawak semasa Majlis Lestari Bahasa 2025 di Balai Budaya dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Sinergi DBP Cawangan Sarawak tingkat rangkaian, kuasai teknologi untuk kekal relevan

KUCHING, 12 April: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak diseru agar bersinergi atau meningkatkan lagi rangkaian kerjasama dengan pihak luar bagi melaksanakan kegiatan agar dapat membantu menyebar luas program yang dilaksanakan selain dapat membawa banyak manfaat kepada bersama termasuk untuk meningkatkan keberkesanannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad yang juga Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia berkata semua pihak perlu membuat lonjakan, dan mengambil langkah gerak kerja yang sesuai keperluan semasa seperti perkembangan teknologi yang memberikan cabaran besar kepada DBP Cawangan Sarawak.

Menurutnya, DBP Cawangan Sarawak yang telah menginjak usia 48 tahun cukup matang untuk memahami perubahan serta anjakan yang berlaku agar perkhidmatan institusi ini senantiasa relevan dengan keperluan.

“Jadi ini satu cabaran tetapi sekian cabaran ini dapat ditangani dengan baik kita menggunakan pendekatan yang sepatutnya dan kita tidak mengabaikan apa juga berlaku di sekitar kita banyak penggunaan teknologi-teknologi, tinggi termasuk AI yang sekarang ini dan kita juga sentiasa memperbaiki diri kita dan kesediaan kita untuk merubah.

“Kalau kita tidak berubah kita akan kekal di, takuk lama maka kita akan menjadi jumut barang kali ataupun kita akan menjadi tidak relevan lagi dalam konteks perubahan teknologi ini jadi alhamdulillah saya melihat apa yang berlaku di sekitar kita ini juga sebab itulah saya menyokong sangat dalam mesyuarat dan satu ketika dulu apabila kita melihat keperluan perubahan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Lestari Bahasa 2025 di Balai Budaya dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Ujarnya lagi, sebarang pelaksanaan program bahasa dan sastera oleh DBP Cawangan Sarawak hendaklah senantiasa mengambil kira kepentingan serta sensitiviti di wilayah ini secara keseluruhan bagi mengelakkan sebarang salah faham yang dapat mengganggu perpaduan yang sudah terbentuk lama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan