Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pusat jagaan kanak-kanak persendirian di Cheras, dekat sini diarahkan tutup susulan tular video mengenai layanan terhadap kanak-kanak di premis itu baru-baru ini. Foto media sosial

Pusat jagaan tular diarah tutup, semua kanak-kanak diselamatkan – KPWKM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 April: Sebuah pusat jagaan kanak-kanak persendirian di Cheras, dekat sini diarahkan tutup susulan tular video mengenai layanan terhadap kanak-kanak di premis itu baru-baru ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semua 18 kanak-kanak di pusat jagaan itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan enam perempuan turut diselamatkan.

Menurut KPWKM, mereka juga dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat untuk proses saringan awal.

Langkah itu diambil selepas pemeriksaan dijalankan Pegawai Diberi Kuasa (PBDK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, PKMD Hulu Langat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas premis itu semalam.

“Susulan pemeriksaan itu, dua penjaga premis itu telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

KPWKM memandang serius kes itu dan pihaknya melalui JKM akan terus memantau situasi serta mengambil langkah susulan yang sewajarnya demi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak berkenaan.

Orang ramai yang tahu mengenai kes penderaan dinasihatkan untuk terus menghubungi Talian Kasih menerusi talian 15999 atau WhatsApp 019-2615999 atau terus ke PKMD terdekat bagi mendapatkan bantuan segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan