Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasil pemeriksaan terhadap lori jenis Hino yang dipandu suspek mendapati kenderaan tersebut membawa muatan disyaki minyak diesel tanpa sebarang dokumen kebenaran daripada pihak KPDN. Foto IPD Miri

Polis gagalkan seludup diesel bernilai RM108,000 di Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 12 April: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri merampas minyak diesel dan sebuah lori dengan anggaran nilai keseluruhan RM108,000 dalam satu operasi khas di Jalan Bekeru, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun turut ditahan selepas didapati membawa muatan diesel terbabit tanpa dokumen kebenaran sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurutnya, tangkapan dibuat sekitar jam 7 malam menerusi Op Taring Landai oleh Unit Risikan Marin (URM).

“Hasil pemeriksaan terhadap lori jenis Hino yang dipandu suspek mendapati kenderaan tersebut membawa muatan disyaki minyak diesel tanpa sebarang dokumen kebenaran daripada pihak KPDN.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan telah diserahkan kepada KPDN Miri untuk tindakan lanjut.

Kesemua rampasan serta suspek diserahkan kepada KPDN Miri untuk tindakan lanjut siasatan dan pendakwaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan