Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Bintulu berjaya menyelesaikan kes kehilangan lapan buah motosikal di daerah Bintulu dengan penangkapan dua lelaki warga asing dan seorang warganegara tempatan berusia 28 hingga 41 tahun di beberapa lokasi berasingan. Foto IPD Bintulu

Polis Bintulu selesaikan lapan kes curi motosikal, tiga lelaki diberkas

BINTULU, 12 April: Polis Bintulu berjaya menyelesaikan kes kehilangan lapan buah motosikal di daerah Bintulu dengan penangkapan dua lelaki warga asing dan seorang warganegara tempatan berusia 28 hingga 41 tahun di beberapa lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, pihaknya juga berjaya menyelesaikan sebanyak 15 kes kecurian motosikal yang telah dilaporkan sejak Januari tahun 2025.

“Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan bergerak menggunakan motosikal dan mensasarkan motosikal yang tidak mempunyai kunci tambahan, apabila sasaran telah dikenal pasti salah seorang rakan suspek akan menghampiri motosikal tersebut lalu mengganggu bahagian penyambung suis kunci dan membuat pengubahsuaian wayar asal untuk menghidupkan enjin.

“Semakan rekod lampau  kesemua suspek mempunyai beberapa rekod berkaitan jenayah dan rekod berkaitan penyalahgunaan dadah. Suspek dikesan bergiat aktif semula semenjak awal Januari tahun 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil daripada ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek masih dalam tahanan reman pihak polis dan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dengan beberapa kes di daerah Bintulu. Suspek juga akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat setelah siasatan telah dilengkapkan,” ujarnya.

Katanya, tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengekang jenayah melibatkan kecurian motosikal dari terus berleluasa dalam daerah Bintulu ini.

Orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh memaklumkan kepada Bilik Gerakan PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 atau Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bintulu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan