Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya. Foto TVS

Pembangunan Tanjung Embang beri nilai tambah kepada Asajaya

ASAJAYA, 12 April: Penduduk setempat khususnya bagi kawasan Asajaya mahu melihat pembangunan lebih pesat dilaksana di kawasan itu untuk manfaat rakyat di kawasan berkenaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perubahan yang terhasil daripada pembangunan itu akan memberikan nilai tambah terutamanya kepada nilai hartanah selain turut membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk.

“Apabila ada pembangunan mereka mesti juga membangun, dapat menikmati pembangunan tersebut.

“Maka sebab itulah saya mahu melihat rakyat dalam kawasan ini berusaha untuk meningkatkan lagi diri mereka dari segi ekonomi dan juga dari segi ilmiah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya di sini, pada Sabtu.

Sarawak sebelum ini mengumumkan dua projek mega bakal dilaksanakan di kawasan Tanjung Embang iaitu projek pembinaan pelabuhan laut dalam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu.

Jelas Abdul Karim, dengan pelaksanaan projek mega tersebut, ia akan menjadikan kawasan Asajaya berkembang menjadi sebuah bandar satelit kepada Kuching memandangkan pelaksanaan projek-projek itu turut merangkumi kawasan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan