Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prof Dr Ahmad Izanee Awang ketika berucap. Foto TVS

OUM sedia bantu tingkatkan tahap pendidikan rakyat Sarawak

SIMUNJAN, 12 April: Open University Malaysia (OUM) bersedia dalam merelisasikan impian Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam meningkatkan tahap pendidikan rakyat di negeri ini khususnya golongan dewasa dan yang telah bekerja.

Presiden merangkap Naib Canselornya, Prof Dr Ahmad Izanee Awang berkata, OUM kini memasuki usia 25 penubuhannya dengan penubuhan cawangan OUM di Kuching telah berusia 23 tahun dan antara yang terawal di Malaysia.

Selain Kuching, OUM turut mempunyai beberapa cawangan lain antaranya di Sibu, Bintulu dan Miri dan kini melahirkan graduan yang mencecah hampir 130,000 orang.

“Bulan Mei nanti kita akan ada lagi satu konvokesyen dengan seramai kira-kira 7,900 graduan, maknanya graduan kita ataupun alumni, ahli alumni kita akan mencecah 130,000.

“Bilangan pelajar OUM yang ada di seluruh negara pada ketika ini adalah seramai 37,000 orang pelajar, maknanya kalau kita buat aktiviti di mana-mana pun Insya-Allah akan ada pelajar dan juga alumni OUM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada program Penanaman Pokok, Save Our Earth yang berlangsung di Hutan Simpan Sabal, Simunjan pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, OUM sentiasa aktif dan terlibat dengan pelbagai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan penglibatan sukarelawan dari pelajar, alumni dan kakitangan OUM.

Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pendidikan, bantuan sokongan kepada mangsa bencana dan kelestarian alam sekitar.

Jelas beliau lagi, penglibatan OUM di dalam program Penanaman Pokok, Save Our Earth adalah yang ketiga seumpamanya sebelum dua lagi program yang sama di Tawau dan Sandakan, Sabah tahun lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan