Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Misnu Taha menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra Komuniti Saudara Kita Surau Darul Hidayah di Lundu pada Sabtu. Foto: TVS

MIS kongsi rezeki dengan ‘Saudara Kita’ di Lundu

LUNDU, 12 April: Majlis Islam Sarawak (MIS) menyantuni 54 buah keluarga mualaf di Kampung Stungkor serta sekitarnya menerusi program Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra Komuniti Saudara Kita, di sini, hari ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, program jangkauan kepada komuniti mualaf atau lebih mesra disapa Saudara Kita ini, merupakan sebahagian daripada intipati inisiatif MIS yang bertujuan untuk berkongsi rezeki, selain usaha menyebarkan perasaan mahabbah dan kasih sayang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pertamanya, program ini merupakan pendekatan kita menziarah saudara-saudara kita di mana sahaja mereka berada,” ujarnya.

“Keduanya, perjumpaan seperti ini akan lebih merapatkan hubungan antara saudara-saudara kita juga dan program sebegini bukan hanya kami anjuran semasa sambutan Aidilfitri sahaja, malah di waktu-waktu lain juga,” ujarnya lagi

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra Komuniti Saudara Kita Surau Darul Hidayah di Kampung Stungkor, Lundu pada Sabtu.

Misnu turut menyampaikan sumbangan barangan kelengkapan persekolahan, keperluan pembelajaran asas agama Islam seperti kitab Al-Quran dan Buku Iqra, kipas angin serta wang tunai kepada 46 pelajar Sekolah Kebangsaan Stungkor, 19 qariah Surau Darul Hidayah Kampung Stungkor serta 12 Saudara Kita dari daerah Bau.

Seramai lebih 300 tetamu dari Kampung Stungkor serta sekitarnya hadir memeriahkan program majlis kesyukuran dan ramah tamah Aidilfitri yang diadakan di Surau Darul Hidayah, Lundu ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan