Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut melawat ke ruang pameran ketika hadir ke Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Kampung Spaoh di Dewan Masyarakat Spaoh pada Sabtu. Foto TVS

Lima projek bernilai RM91.5 juta dibangunkan di Spaoh menerusi BDDA

SPAOH, 12 April: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM91.5 juta bagi tujuan membangunkan lima projek menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di Spaoh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, antara peruntukkan yang terbesar daripada kelima-lima projek itu adalah projek menaik taraf sistem pengairan dan saliran di Taman Pertanian Bebuling dengan kos keseluruhan sebanyak RM50 juta.

“BDDA ini umpama sepohon pokok yang kini telah mula berbuah dan kita telah mula nampak hasilnya (projek) dan kita amat bertuah kerana berpeluang menikmati hasilnya,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Spaoh di Dewan Masyarakat Spaoh pada Sabtu.

Menurutnya yang juga ADUN Bukit Saban, projek menaik taraf sistem pengairan dan saliran di Taman Pertanian Bebuling merupakan penerima terbanyak dengan kos RM50 juta.

Lima projek yang akan dibangunkan di Spaoh menerusi BDDA itu ialah, menaik taraf sistem pengairan dan saliran di Taman Pertanian Bebuling RM50 juta, pembinaan Pusat Hemodialisis RM5 juta, pembinaan Arena Sukan Spaoh RM25 juta dan Tapak Pasar Malam merangkumi Medan Selera yang juga bernilai RM 5 juta dan penyambungan bekałan elektrik dan bekalan air bersih sebanyak RM6.5 juta.

Isteri Uggah, Datin Amar Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai, Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abu Nawas, Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh, Setiausaha Majlis Daerah Betong, Lister Clement Guwie turut hadir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan