KUCHING, 12 April: Pasti meriah apabila peserta Kuching Car Free Morning menggayakan pakaian raya masing-masing di tengah-tengah bandar raya Kuching pada 20 April depan.
Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam hantaran di Facebook mengajak orang ramai bersama-sama memeriahkan program hujung minggu itu di Padang Merdeka.
“Kita sama-sama mempergayakan baju raya. Jangan lupak aok 6 pagi sehingga 10 pagi,” hantaran itu dipetik.
Selain jogging, berjalan perlahan, berbasikal, DBKU akan turut mengadakan aktiviti menarik perarakan raya dan jamuan raya.
“Kita beraya bersama-sama, karaoke sama-sama
“Ada ketupat ada rendang
nasi himpit dan kuah kacang
kuih-muih sudah terhidang.
“Kita jemput sekampung datang,
biar meletup, pom pom pom pom,” hantaran itu dipetik. – TVS