Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta program merakam gambar kenangan sebelum memulakan aktiviti penanaman semula anak pokok. Foto TVS

Ketengahkan pakej pelancongan luar bandar – Snowdan

SIMUNJAN, 12 April: Semua agensi pelancongan di Sarawak digesa mengetengahkan pakej pelancongan di luar bandar yang menawarkan kekayaan flora dan fauna yang terdapat di negeri ini.

Gesaan itu dibuat Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan pada acara MATTA FAIR Sarawak 2025 yang berlangsung 5 April lalu di Pusat Konvensyen Borneo.

Jelas beliau lagi, hasil maklum balas yang diperoleh dari pelancong dalam dan luar negara mendapati mereka lebih berminat untuk melihat keindahan alam semula jadi yang ditawarkan di negeri ini dan ini secara tidak langsung akan turut membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi masyarakat di luar bandar.

“Oleh sebab itu, di bawah Kementerian Pelancongan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) Sarawak, kita sangat memfokuskan kepada kebudayaan, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan festival atau ringkasnya CANFF

“Justeru, di bawah Kementerian Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (dan) dengan sokongan dan dokongan Kerajaan Sarawak dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kita akan terus memperkenalkan keindahan semula jadi serta keunikan Sarawak di mata dunia dan ini termasuklah Hutan Simpan Sabal di Simunjan ini,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca Pegawai Tadbir Daerah Kecil Balai Ringin, Mohammad Adam Muslim Abdullah pada program Penanaman Pokok, Save Our Earth yang berlangsung di Hutan Simpan Sabal, Semunjan pada Sabtu.

Program tersebut menyaksikan seramai 120 peserta yang terdiri dari pelajar, alumni dan kakitangan Open University Malaysia (OUM), Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan penduduk dari empat buah kampung berhampiran iaitu Kampung Sabal Kruin, Kampung Sabal Aping, Kampung Sabal Jaya dan Kampung Sungai Kura terlibat dalam menjayakan penanaman 500 anak pokok antaranya Meranti, Selangan dan Kapur di Hutan Simpan tersebut.

Hadir sama Presiden merangkap Naib Canselor OUM, Prof Dr Ahmad Izanee Awang dan Timbalan Pengarah Hutan, Jabatan Hutan Sarawak, Happysupina Sait-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan