SIMUNJAN, 12 April: Kempen penanaman semula pokok yang menyasarkan 100 juta pokok di seluruh negara yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2021 sehingga 2025 menyaksikan Sarawak mendahului negeri lain, melepasi sasaran 1 tahun lebih awal.
Timbalan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Happysupina Sait berkata, sehingga 11 April 2025, lebih 47,439,000 pokok telah berjaya ditanam semula di Sarawak hasil dari usaha penjenamaan semula kempen tersebut oleh JHS yang diberi nama Greening Sarawak Campaign.
Tambah beliau lagi, usaha penanaman pokok itu turut diperluaskan dibeberapa kawasan antaranya di beberapa tanah milik kerajaan negeri, kawasan bandar, sekolah dan sebagainya
“Sarawak telah menyasar menanam 35 juta ( pokok) dalam masa 5 tahun dan kita telah pun mencapai sasaran penanaman tersebut tahun lepas (iaitu sebanyak) RM35 juta sekarang ini jumlahnya (telah) bertambah.
“Bagi memastikan kejayaan program ini Jabatan Hutan Sarawak telah pun mengiatkan lagi kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk OUM pada hari ini (dan) dengan (syarikat) korporat, ngo dan sebagainya
“Setiap (organisasi) yang terlibat dalam aktiviti penanaman semula akan diberikan papan tanda untuk menyatakan penglibatan organisasi terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada program Penanaman Pokok, Save Our Earth yang berlangsung di Hutan Simpan Sabal di sini, pada Sabtu.
Kempen penanaman semula pokok di bawah program Penghijauan Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan kawasan liputan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain sebagai satu usaha dalam menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.
Terdahulu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menanam pokok yang ke-35 juta pada 8 Jun 2024 lalu di Hutan Simpan Sabal-TVS