Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Kuarantin Ringan Bagi Kuda Jepun mengesahkan berlakunya jangkitan selsema ekuin pada 8 April di tiga ladang pembiakan kuda di Wilayah Kumamoto. Foto hiasan Envato

Jepun lapor wabak selsema ekuin pertama sejak 2008

ByBernama

TOKYO, 12 April: Majlis Kuarantin Ringan Bagi Kuda Jepun mengesahkan berlakunya jangkitan selsema ekuin pada 8 April di tiga ladang pembiakan kuda di Wilayah Kumamoto, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah pencegahan sedang dilaksanakan termasuk mengasingkan kuda yang dijangkiti, menyekat pergerakan kuda lain, memberikan vaksin serta menjalankan kerja pembasmian kuman di kemudahan bagi mengekang penularan penyakit itu.

Selsema ekuin adalah penyakit pernafasan berpunca daripada virus yang sangat mudah merebak dan menjangkiti kuda, keldai serta spesies ekuin lain.

Kejadian terbaharu ini adalah kes pertama selsema ekuin dilaporkan di Jepun sejak 2008. Terdahulu, wabak pada 2007 menyebabkan pembatalan acara perlumbaan kuda utama di negara itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan