Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ekspo Pemerkasaan Belia Pribumi Miri 2025 yang berlangsung di Stadium Tertutup Bandaraya Miri hari ini memberi pendedahan kepada belia mengenai peluang kerjaya di masa depan. Foto TVS

Ekspo Pemerkasaan Belia Pribumi Miri 2025 beri pendedahan, peluang kerjaya

BySalasiah Safian

MIRI, 12 April: Ekspo Pemerkasaan Belia Pribumi Miri 2025 yang berlangsung di Stadium Tertutup Bandaraya Miri hari ini memberi pendedahan kepada belia mengenai peluang kerjaya di masa depan.

Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program tersebut turut mendedahkan belia kepada teknologi terkini selain memupuk minat dan memperkenalkan bidang-bidang yang boleh diceburi.

“Jadi nampaknya program ini agak memberangsangkan yang diharapkan supaya mendedahkan belia-belia kita kepada apa peluang-peluang yang sedia ada di peluang di mana institusi-institusi latihan untuk TVET untuk yang lain-lain juga sehingga ke University Swinburne, Curtin dan sebagainya.

“Dan selain itu apa bidang yang kita nak belia kita berminat dalam lebih-lebih lagi bidang teknologi yang terkini dan sebagainya. Sebab kita bukan terikat kepada yang kita biasa, yang itu kulinari dan sebagainya itu pun kita galakkan tetapi mengikut langkah ataupun pembangunan teknologi di seluruh dunia ini, jadi kita perlu juga menyediakan peluang itu dan memberi pendedahan untuk belia-belia kita,” katanya.

Beliau merasmikan Ekspo Pemerkasaan Belia Pribumi Miri 2025 di sini, hari ini.

Ekspo Pemerkasaan Belia Pribumi Miri 2025 diadakan untuk menterjemahkan visi Model Pembangunan Belia MADANI 2030 kepada golongan muda di Sarawak.

Program tersebut diisi dengan pelbagai program keusahawanan dan pendidikan vokasional seperti bengkel seni kulinari, pertandingan pelaburan dan perdagangan, pertandingan e-sukan, dan reruai kaunseling kerjaya dan pendidikan.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak (PERANTIS) Spancer Biondy yang turut berucap pada majlis tersebut menyifatkan penganjuran Ekspo Pemerkasaan Belia Pribumi Miri 2025 merupakan inisiatif menyokong agenda pembangunan Sarawak.

Menurut beliau para belia perlu diberi pendedahan dan persediaan awal supaya mereka mampu meluaskan potensi dan menyumbang dalam sektor penting seperti pelancongan, pemasaran digital, budaya, dan ekonomi wilayah ini.

“Inisiatif ini juga memainkan peranan dalam menyokong agenda pembangunan Sarawak, dengan menyediakan bakat muda untuk menyumbang dalam sektor penting seperti pelancongan, pemasaran digital, budaya dan ekonomi yang lebih luas.

“Kami sangat percaya pada pendekatan holistik terhadap pendidikan—yang melangkaui bidang akademik termasuk kemahiran teknikal, pembangunan watak dan celik digital,” ujar Spancer. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan