Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki cedera parah selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang di sebuah premis bengkel kenderaan Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi. Foto hiasan Envato

Dua lelaki cedera parah diserang dengan parang

SIBURAN, 12 April: Dua lelaki cedera parah selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang di sebuah premis bengkel kenderaan Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz MD Radzi berkata, laporan berhubung kes itu dibuat mangsa dua lelaki tempatan berusia 30 dan 54 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan jam 9.55 pagi.

“Mereka menyatakan telah diserang lima lelaki bersenjatakan parang. Kejadian berlaku di sebuah premis bengkel kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Katanya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kaki, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Usaha giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan dan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak bagi mengesan suspek,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan