Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buah kereta yang sedang dibaiki terbakar di Lorong Taiton, Bau, malam tadi. Foto JBPM

Dua kereta sedang dibaiki terbakar

BAU, 12 April: Dua buah kereta yang sedang dibaiki didapati terbakar di Lorong Taiton di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Pathi Samsudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.02 malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah kereta yang sedang dalam pembaikan, diletakkan di tempat letak kereta berhampiran rumah.

“Sebuah kenderaan, Perodua Kelisa terbakar lima peratus manakala sebuah lagi Proton Wira terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba melakukan pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya.

“Pemilik rumah dan kenderaan tiada di kediaman semasa kejadian berlaku.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Setelah memastikan api padam sepenuhnya dan keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan