Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak Dr Azizul Ismail ketika berucap semasa Majlis Lestari Bahasa 2025 di Balai Budaya dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di Kuching pada Jumaat.

DBP Cawangan Sarawak optimis sebagai laman karya masyarakat

KUCHING, 12 April: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak optimis menjadi laman kepada mana-mana pihak dan masyarakat untuk berkarya bagi memartabatkan bidang kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan di wilayah ini.

Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak Dr Azizul Ismail berkata, pihaknya akan bersifat inklusif dan menerima dengan tangan terbuka untuk menjadikan DBP Cawangan Sarawak senantiasa meriah seperti yang diharapkan.

“Saya ingin menyatakan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak sudi menjadi laman untuk tuan-tuan dan puan-puan berkarya jadi, jadikanlah Dewan Bahasa dan Pustaka meriah seperti mana yang kita harapkan.

“Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak akan bersifat inklusif dan ini janji kami dan silakan kami akan menerima dengan tangan yang terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Lestari Bahasa 2025 di Balai Budaya dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Tambahnya, Majlis Lestari Bahasa 2025 memberikan penghargaan kepada semua rakan-rakan strategik yang telah menjalinkan sinergi dalam penganjuran dan pelaksanaan program-program yang bersifat kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan di Sarawak sepanjang tahun 2024.

Ujarnya lagi, sokongan berterusan daripada semua rakan strategik amat dihargai untuk terus bersama-sama dalam usaha menyebar luaskan bahasa kebangsaan khususnya dalam bidang berkaitan kajian dan penerbitan.

Dalam Majlis Lestari Bahasa 2025 sebanyak 17 agensi awam, enam pertubuhan bukan kerajaan dan lapan agensi media termasuk TV Sarawak telah menerima anugerah sebagai bentuk penghargaan diatas kerjasama yang dilakukan bersama DBP Cawangan Sarawak.

Bukan itu sahaja sebanyak tiga orang penerima watikah turut diberikan anugerah iaitu dua orang penerima Tokoh Lestari Bahasa dan seorang penerima Tinta Warta DBP. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan