Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan China, Wang Wentao. Foto fail AFP

China komited pertahankan sistem perdagangan multilateral – Menteri Perdagangan

ByBernama

BEIJING, 12 April: China komited untuk mempertahankan sistem perdagangan multilateral yang terbuka, inklusif, telus dan tidak bersifat diskriminasi, kata Menteri Perdagangannya Wang Wentao, pada Jumaat dalam satu panggilan video dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan China yang dikeluarkan pada Sabtu, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk tindak balas terhadap tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, usaha mengekalkan sistem perdagangan multilateral, serta peranan WTO dalam menyokong perdagangan global.

Wang menyifatkan pengenaan tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat sebagai tindakan pembulian unilateral dan tindakan sedemikian boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara membangun, khususnya negara-negara kurang membangun, malah berpotensi mencetuskan krisis kemanusiaan.

Beliau turut menggesa semua ahli WTO supaya bersatu untuk menentang unilateralisme, perlindungan perdagangan dan amalan pembulian melalui pendekatan keterbukaan, kerjasama dan multilateralisme.

Sementara itu, Okonjo-Iweala berkata ketegangan perdagangan yang semakin memuncak telah memberi cabaran serius kepada perdagangan global dan prospek pertumbuhan ekonomi dunia.

Beliau menekankan bahawa negara anggota WTO harus bekerjasama mempertahankan sistem perdagangan multilateral yang terbuka dan berasaskan peraturan serta menyelesaikan perbezaan melalui dialog dan kerjasama di bawah kerangka WTO.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan