Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parlimen P213 Mukah yang berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan cerminan perpaduan dan keunikan komuniti yang terdapat di daerah tersebut. Foto TVS

Cerminan perpaduan dan keunikan komuniti Mukah – Hanifah

MUKAH, 12 April: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parlimen P213 Mukah yang berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan cerminan perpaduan dan keunikan komuniti yang terdapat di daerah tersebut.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, majlis tersebut bukan sahaja menjadi wadah silaturahim, malah menyerlahkan keunikan serta kekayaan budaya masyarakat tempatan.

“Alhamdulillah, sambutan amat baik. Ini waktu kita bermesra, selepas melalui pelbagai cabaran. Majlis seperti ini penting kerana ia memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat, serta membina jambatan perpaduan dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita pada majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Setia Raja, Maktab Rendah Sains MARA Mukah hari ini.

Hanifah turut menekankan bahawa usaha seperti ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa agar hubungan yang terbina kekal erat, merentas bangsa dan agama.

“Pelbagai agensi kerajaan juga terlibat berganding bahu dalam pelaksanaannya bersama Pusat Khidmat Parlimen Mukah,”ujarnya.

Ia turut diserikan dengan persembahan busker dari Sibu, nyanyian oleh penduduk Mukah serta hiburan daripada Cats FM turut memeriahkan suasana.

Katanya lagi, antara keunikan pada majlis tersebut juga ialah kepelbagaian produk makanan tempatan dan elemen budaya yang dipamerkan.

“Makanan tradisional daripada Kampung Tellian antara yang mendapat perhatian, termasuk beberapa hidangan yang jarang ditemui hari ini.

“Yang tak pernah rasa pun, saya sempat rasa juga. Inilah keunikan Mukah, kaya dengan budaya dan tradisi yang masih dipelihara. Ia mengingatkan kita bahawa dalam kepelbagaian, wujud satu kekuatan besar iaitu perpaduan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan