Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Dahri kelihatan sedang memilih udang segar untuk dijual. Foto TVS

Udang merah, rezeki nelayan Kuala Matu selepas Aidilfitri

MUKAH, 11 April: Musim menuai rezeki kembali dirasai oleh para nelayan pesisir Kuala Matu apabila hasil tangkapan udang segar meningkat selepas sambutan Aidilfitri.

Menurut salah seorang nelayan, Ahmad Dahri, 58, cuaca baik dan keadaan laut yang tenang sepanjang minggu ini menyumbang kepada hasil tangkapan yang lebih lumayan berbanding sebelumnya.

“Kami bersyukur kerana selepas raya, hasil tangkapan terutama udang galah dan udang putih memang banyak. Harga pun baik di pasaran, jadi dapatlah kami tambah pendapatan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa permintaan terhadap udang segar semakin meningkat, khususnya daripada pemborong dan peniaga di kawasan sekitar Mukah dan Sibu.

Turur senada seorang lagi nelayan, Rosli Samat, 45, berkata kebanyakan nelayan sudah mula turun ke laut sejak hari kedua Aidilfitri bagi mengambil peluang terhadap musim udang yang semakin rancak.

“Biarpun masih dalam suasana raya, kami tetap turun ke laut sebab ini waktu yang baik. Keluarga pun faham, sebab ini rezeki yang tak datang selalu,” katanya.

Musim udang yang dijangka berlanjutan hingga pertengahan Mei ini diharap terus membawa limpahan rezeki kepada komuniti nelayan setempat.

Selain dijual secara terus sebahagian daripada hasil laut ini diproses menjadi udang kering dan sesar unjur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan