Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Superi Awang Said menziarahi keluarga mendiang Navin Navaratnam terkorban dalam kemalangan jalan raya semalam. Foto STIU

Setiausaha Kerajaan Sarawak ziarah keluarga mendiang Navin Navaratnam

KUCHING, 11 April: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki hari ini menziarahi keluarga mendiang Navin Navaratnam, seorang pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak di Jabatan Premier Sarawak yang terkorban dalam kemalangan jalan raya semalam.

Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) menerusi kenyataan yang dikongsikan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan, lawatan penuh empati itu diadakan di kediaman keluarga mendiang di Kuching sebagai tanda penghormatan terakhir terhadap sumbangan dan jasa beliau dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.

Dalam pertemuan bersama ahli keluarga, beliau menzahirkan rasa dukacita pihak Kerajaan Sarawak atas kehilangan besar ini.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah STIU, Superi Awang Said mewakili warga jabatan dalam menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan moral kepada keluarga mendiang.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sebagai tanda sokongan dan solidariti, beliau turut menyerahkan sumbangan kepada keluarga mendiang bagi meringankan beban yang ditanggung serta menyampaikan kata-kata semangat dalam menghadapi waktu sukar ini.

“Kerajaan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti dan pengorbanan mendiang sepanjang tempoh perkhidmatannya dan berharap ahli keluarga terus tabah menghadapi kehilangan ini,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan