Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan tiket bertuah. Foto TVS

RM2.4 juta diperuntuk naik taraf perparitan 4 kampung di Saribas

DEBAK, 11 April : Sejumlah RM2.4 juta peruntukan khas Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) diluluskan bagi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di empat buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, pelaksanaan projek tersebut amat penting berikutan ia jalan penyelesaian kepada permasalahan air bertakung dalam tempoh masa lama yang kerap berlaku di kampung-kampung terbabit ketika fenomena air pasang besar melanda.

“Baru-baru ini telah diluluskan menerusi peruntukan khas di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) sebanyak RM 600,000 untuk empat buah kampung bagi tujuan menaik taraf sistem perparitan.

“Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Bungin ada empat buah kampung yang terlibat Kampung Bungin, Kampung Manggut, Kampung Supa dan Kampung Tuie,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Bungin 2025 di Dewan Pahlawan Tujuh Kampung Bungin di sini pada Khamis.

Untuk itu kata Razi yang juga ADUN Saribas, beliau menyarankan agar Ketua-ketua kampung yang terlibat dengan pelaksanaan projek tersebut kelak agar mengadakan perbincangan sesama sendiri bagi menentukan laluan parit, dalam masa sama bagi mengelak isu ketidakpuasan hati diantara masing-masing setelah projek siap kelak.

“Dengan ini, saya minta agar ketua-ketua kampung yang terbabit agar berbincang sesama sendiri, jangan nanti projek sudah siap akan ada timbul pelbagai isu berbangkit berkaitan laluan dan sebagainya yang boleh menjurus kepada suasana yang tidak harmoni,” katanya.

Tambah beliau, cadangan menaik taraf itu juga adalah bagi mewujudkan sistem perparitan dan pengairan baharu yang lebih sistematik dan berkesan berbanding ketika ini.

“Adalah menjadi harapan saya juga, dengan siapnya projek ini nanti kita mampu mewujudkan sistem perparitan dan saliran yang lebih sistematik di kampung kita ini berbanding sekarang, selain untuk mengelak daripada kejadian ban pecah setiap kali datangnya fenomena air pasang besar,” jelasnya.

Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri, Ketua-Ketua Masyarakat dan Kaum (KMKK) berdekatan serta kira-kira seramai 300 orang penduduk setempat. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan