Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maritim Malaysia, Zon Bintulu menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 2.5 batu nautika utara perairan Samalaju, Bintulu, semalam. Foto Maritim Malaysia

Radas tamat tempoh, bot nelayan tempatan ditahan di perairan Bintulu

BINTULU, 11 April: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 2.5 batu nautika utara perairan Samalaju kerana melakukan kesalahan di bawah Akta komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu lesen penguntukan radas telah tamat tempoh semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot nelayan tempatan yang sedang belayar menuju perairan Bintulu sekitar jam 6.30 petang.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot nelayan tersebut dikendalikan oleh lima orang kru warganegara Indonesia termasuk nakhoda yang berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun.

“Bot nelayan tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu lesen penguntukan radas telah tamat tempoh yang boleh dikenakan hukuman denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bot nelayan tempatan beserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan