Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto fail Bernama

Polis tumpas skim penipuan pelaburan, rampas aset bernilai bilion ringgit

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 April: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu dan merampas aset bernilai RM3.17 bilion dipercayai berkait rapat dengan skim penipuan pelaburan jenis Ponzi dikenali sebagai Pelaburan MBI yang berpusat di sebuah negara jiran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita termasuk dua usahawan serta dua peguam masing-masing bergelar ‘Datuk’ berusia lingkungan 44 hingga 62 tahun.

Beliau berkata tangkapan dilakukan pada 20 Mac lepas oleh pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) dalam Op Northern Star melalui tindakan rentas negara yang dilaksanakan hasil maklumat Notis Merah daripada Interpol.

“Kesemua suspek direman antara satu hingga tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin berkata dalam beberapa siri serbuan, pasukan AMLA turut berjaya melaksanakan pembekuan dan penyitaan pelbagai aset dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM3.7 bilion antaranya 638 akaun bank dan akaun saham berjumlah lebih RM1.16 bilion serta 35 unit hartanah bernilai RM2.01 bilion.

Turut dirampas 10 kenderaan mewah, 12 jam tangan mewah, wang tunai dalam pelbagai mata wang, dua barang kemas, dua komputer riba, enam telefon bimbit, empat beg tangan mewah serta pelbagai dokumen penting.

“Semua harta dan barang yang disita dipercayai merupakan hasil perolehan haram daripada aktiviti penipuan pelaburan terbabit,” katanya.

Beliau berkata PDRM akan meneruskan siasatan terhadap mana-mana individu atau entiti yang disyaki terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengubahan wang haram berkaitan skim pelaburan itu.

Razarudin turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada serta mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang aktiviti mencurigakan dan tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras jenayah itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan