Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain JDT Safiq Rahim menjaringkan gol ke sembilan ketika menentang Kelantan Darul Naim FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. Foto Bernama

Menang besar ke atas KDN FC, tingkat semangat untuk akhir Piala Malaysia

ByBernama

ISKANDAR PUTERI, 11 April: Kemenangan 9-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi, menjadi suntikan semangat menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan datang.

Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio berkata kemenangan itu turut membantu membina momentum menjelang perlawanan terakhir Liga Super minggu hadapan, sekali gus memberikan peluang kepada setiap pemain untuk menampilkan aksi terbaik sebelum musim liga berakhir.

“Walaupun musim ini lebih mencabar disebabkan tempohnya yang lebih panjang berbanding musim-musim sebelumnya, semua pemain JDT yang diturunkan telah menunjukkan prestasi yang mantap.

“Jika perlawanan ini memberikan keputusan yang positif, ia akan menjadi sokongan moral yang baik untuk dibawa apabila kami menentang Sri Pahang nanti,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di SSI malam tadi.

Sementara itu, Pembantu Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim FC Rezal Zambery Yahya berkata walaupun tewas dengan jumlah jaringan yang besar, beliau tetap memuji komitmen pemainnya.

Beliau berkata para pemain KDN FC telah beraksi dengan sehabis baik walaupun kini berhadapan dengan isu dalaman yang melanda pasukannya.

“Saya berharap kita di KDN FC ini akan terus beraksi sehingga perlawanan yang terakhir, sebab masih menghormati kontrak yang masih ada dalam saingan liga.

“Mereka tetap main bersungguh-sungguh, walaupun kena sembilan gol…namun kita tahu lawan kita sebentar tadi (malam tadi) adalah JDT, iaitu satu pasukan yang kuat dan dibarisi oleh deretan pemain bintang,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi, JDT menang bergaya dengan 9-0 dengan lima gol dijaringkan Bergson Da Silva (minit ke-8, 20, 25, 27 dan 37), Romel Morales minit ke-54 dan 57, Shahrul Saad minit ke-62 serta Safiq Rahim minit ke-84. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan