Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyifatkan Aidilfitri sebagai platform yang menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Foto: UKAS

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Tellian raikan kepelbagaian masyarakat

MUKAH, 11 April: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dianjurkan di Pejabat Pusat Khidmat N.57 Tellian menjadi platform dalam meraikan kepelbagaian masyarakat di Mukah dan Sarawak khasnya.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyifatkan Aidilfitri sebagai platform yang menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Majlis ini boleh menjadi platform perpaduan dan keharmonian komuniti,” katanya berucap ringkas pada majlis berkenaan pada Isnin.

Walaupun program ringkas, dilaksanakan bertempat di pejabat beliau, namun menurut Rosyton, majlis ini memberi peluang kepada wakil rakyat untuk berinteraksi secara langsung dan santai dengan penduduk kawasan mereka serta mewujudkan suasana mesra dan keterbukaan.

“Di Sarawak, majlis sebegini sudah menjadi satu kebiasaan dalam budaya politik tempatan – tanda keterbukaan pejabat wakil rakyat kepada semua lapisan masyarakat.

“Ini akan mengukuhkan lagi hubungan wakil rakyat tempatan dengan rakyat serta agensi,” ujar beliau lagi.

Turut haidr adir bersama Pegawai UKAS Bahagian Mukah, Hafizzul Abdul Halim, wakil Ibu pejabat Polis Daerah Mukah ASP Khairul Anuar Adeni, Ketua-ketua jabatan dan Ketua Masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan