Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warganegara Sri Lanka maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir kilat melanda Sri Muda, Shah Alam, hari ini. Foto IPD Shah Alam

Lelaki warga Sri Lanka maut terkena renjatan elektrik ketika banjir

ByHafeezzur Muzamir

SHAH ALAM, 11 April: Seorang lelaki warganegara Sri Lanka maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir kilat melanda Sri Muda, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Iqbal Ibrahim berkata, mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemui tertiarap oleh sepasukan polis berhampiran sebuah stor penyimpanan barang.

Katanya, pemeriksaan di kawasan itu juga turut mendapat seekor anjing turut maut dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh yang boleh menyebabkan kematian.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat pada,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Iqbal berkata, siasatan dijalankan di bawah kematian mengejut dengan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspekto Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan