Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGO JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 9:29 pagi berkenaan mangsa jatuh dari jambatan. Foto: PGO JBPM Sarawak

Lelaki jatuh dari Jambatan Tun Salahuddin dikhuatiri lemas

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Apr: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Tun Salahuddin, Jalan Petra Jaya pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 9:29 pagi berkenaan mangsa terjatuh dari jambatan.

“Setibanya dilokasi, Komander Operasi (KO) lapor memang berlaku mangsa telah jatuh dari jambatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama sembilan anggota, termasuk Komander Operasi Asmadi Nawi telah digerakkan ke lokasi sejauh lapan kilometer dan tiba pada jam 9:38 pagi.

Pos Kawalan Bomba (PKB) turut diaktifkan bagi menyelaras operasi pencarian dan setakat berita ini ditulis, mangsa masih belum dijumpai.

“Operasi mencari serta menyelamat masih giat dijalankan dan melibatkan satu unit Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari BBP Petra Jaya,” katanya lagi.

Kenyataan turut mendedahkan mangsa merupakan lelaki dewasa berusia 34 tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan