Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi merakam kenangan bersama warga sekolah dan tetamu. Foto: UKAS

Lebih 200 tetamu meriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Nangar Daro

DARO, 11 April: Lebih 200 tetamu termasuk para ibu bapa dan penduduk setempat memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sekolah Kebangsaan (SK) Nangar Daro di sini, baru-baru ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyifatkan majlis seumpama itu bukan sahaja memupuk semangat muhibah antara sekolah dan masyarakat, malah ia berperanan sebagai landasan untuk membentuk peribadi pelajar yang berintegriti dan berbudaya.

Tambahnya, program seperti ini juga dapat menjadi pemangkin kepada penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti pendidikan.

“Ia sekali gus memperkukuh peranan sekolah sebagai pusat pembangunan sahsiah dan perpaduan masyarakat,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis tersebut, di SK Nangar Daro pada Rabu.

Dalam kesempatan itu, Ahmad Johnie turut mengumumkan sumbangan berjumlah RM5,000 untuk pemberian duit raya kepada murid-murid, manakala RM25,000 untuk disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperkasa program-program kebajikan dan pendidikan sekolah.

Hadir sama Guru Besar SK Nangar Daro Faridah Hanikal, Yang Dipertua PIBG Rabayah Shazali, Ketua Kampung Sawi Dol dan Ketua Kampunh Hassan Kelai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan