Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedua-dua pihak terbabit dalam kemalangan di Jalan Satok diminta hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk membantu siasatan. Foto hiasan

Kemalangan tular di Jalan Satok, mangsa belum buat laporan polis

KUCHING, 11 April: Kedua-dua mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Satok di sini, yang tular di media sosial masih belum tampil membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, pihaknya mengesan kes itu yang tular hari ini, membabitkan kemalangan sebuah motosikal dengan pejalan kaki yang berlaku jam 5.25 petang semalam.

“Kita memohon kedua-dua pihak supaya hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk membantu siasatan.

“Kemalangan berlaku semasa seorang lelaki tempatan menungggang motosikal dari arah lampu isyarat Jalan Tun Abang Haji Openg menuju ke Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, penunggang motosikal telah terlanggar seorang lelaki warganegara tempatan yang melintas jalan menuju ke arah Wisma Satok.

“Kejadian ini menyebabkan penunggang motosikal terjatuh dan terperosok di bahagian bawah sebuah kenderaan yang berada di lorong kanan jalan.

“Akibat kemalangan ini, penunggang motosikal dan pejakan kaki mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan di zon kuning,” ujarnya.

Katanya, kedua-dua mereka dibenarkan pulang pada hari yang sama.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang mengelirukan dan boleh menyebabkan kegusaran orang ramai,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan