Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan lawatan kerja singkat ke tapak pembinaan Jambatan Saribas Dua di Kuala Saribas, Pusa, hari ini. Foto TVS

Jambatan Batang Saribas 2 dijangka siap Disember 2025

PUSA, 11 April: Projek Jambatan Saribas 2 di Kuala Saribas di sini sepanjang 2.39 kilometer bernilai RM385 juta dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, juruperunding dan kontraktor projek telah diminta untuk mengemukakan pelan kerja masing-masing dalam masa terdekat.

“Ia adalah bagi memastikan projek ini dapat siap mengikut jadual yang mana ketika ini telah mencapai 65.1 peratus,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan kerja singkat ke tapak pembinaan Jambatan Saribas Dua di Kuala Saribas di sini, hari ini.

Menurut Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, beliau amat yakin dengan komitmen tinggi serta kerjasama sama jitu antara semua pihak projek tersebut akan mampu disiapkan sepertimana yang dirancang.

Namun tambahnya, pemantauan rapi harus dan perlu dilakukan oleh JKR dan juruperunding projek dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat itu.

Mengulas projek Jalan Penyulok ke Nanga Penebak dan ke Ulu Penebak di Ulu Layar katanya, pihak JKR Betong telah diberikan masa selama seminggu bagi mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap isu berbangkit yang berlaku di tapak projek berkenaan ketika ini.

“Pihak JKR Betong telah diberikan tempoh lebih kurang dalam seminggu untuk mereka mengemukakan cadangan terbaik terhadap isu teknikal yang timbul di tapak projek tersebut,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan