Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba membantu membersihkan tumpahan minyak di Jalan Dato Sri Joseph Balan Seling, Miri, malam tadi. Foto JBPM

Bomba bantu bersihkan tumpahan minyak

MIRI, 11 April: Pihak bomba membantu membersihkan tumpahan minyak bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Dato Sri Joseph Balan Seling di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.19 malam dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlakunya tumpahan minyak yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.

“Pihak bomba bertindak membuat pembersihan tumpahan minyak dengan menggunakan pasir sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan