Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva (tengah) meraikan gol ketiga ketika menentang Kelantan Darul Naim FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis. Foto Bernama

Bergson mengganas, JDT belasah Kelantan FC 9-0

ByBernama

ISKANDAR PUTERI, 11 April: Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson Da Silva mengganas dengan lima jaringan untuk membantu Harimau Selatan membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 9-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam tadi.

Penyerang berbisa itu membuka tirai jaringan seawal minit kelapan selepas menyambar hantaran Park Junheong sebelum menambah gol kedua pada minit ke-20 hasil sepakan penjuru Nazmi Faiz Mansor.

Bergson terus menghukum barisan pertahanan longlai pelawat apabila menyumbat dua lagi gol pada minit ke-25 dan 27 — masing-masing hasil rembatan kaki kiri dan kesilapan penjaga gol KDN FC Mohammad Fikri Che Soh.

Dia melengkapkan lima gol peribadi dengan jaringan kelima perlawanan pada minit ke-36, menjadikan kedudukan 5-0 menjelang rehat.

Bersambung babak kedua, giliran Romel Morales menambah derita Kijang Emas menerusi dua jaringan pantas pada minit ke-54 dan 57 sebelum Shahrul Mohd Saad meledak gol kelapan JDT (m-62).

Safiq Rahim melengkapkan malam gemilang skuad bimbingan Esteban Solari itu dengan gol kesembilan pada minit ke-84.

Kemenangan itu mengekalkan JDT, selaku juara liga musim ini, dengan rekod bersih selepas 23 perlawanan apabila mengumpul 67 mata manakala KDN FC terus bergelut di dasar kedudukan dengan tujuh mata selepas 22 perlawanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan