Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie gagal melepasi halangan untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China hari ini. Foto fail Bernama

BAC 2025: Soon Huat-Shevon dikejutkan di suku akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 April: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie gagal melepasi halangan untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China hari ini.

Pasangan suami isteri yang juga pilihan ketiga kejohanan itu dikejutkan dengan kekalahan straight set di suku akhir kepada pasangan ranking ke-25 dunia dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu 15-21, 11-21.

Ia merupakan pertemuan sulung membabitkan kedua-dua beregu.

Malaysia bagaimanapun masih mempunyai wakil dalam kejohanan itu bagi acara beregu lelaki, masing-masing Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Aaron Chia-Sooh Wooi Yik yang akan turun beraksi malam ini.

Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual menentang pasangan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

Sementara, Aaron-Wooi Yik berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan