Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Azman Mokhtar (tiga dari kanan) hadir pada majlis pelancaran logo baharu Wasiyyah di Shah Alam hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Wasiyyah lebar operasi ke Oman

ByFirdaus Ismail

SHAH ALAM, 10 April: Syarikat amanah patuh syariah tempatan, Wasiyyah mengumumkan akan meluaskan operasi perniagaan ke Oman menjelang hujung tahun ini.

Presiden kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, sejumlah RM1 juta akan dilaburkan untuk memulakan operasi di Negara Teluk itu.

Kata beliau ini melibatkan perbelanjaan menggaji pekerja tempatan di sana selain kerja-kerja pembangunan sistem yang diperlukan.

“Untuk tahun depan sehingga ke penghujung 2026, kita memperuntukkan hampir RM1 juta untuk proses menubuhkan pejabat operasi di sana namun sebenarnya kos (memulakan perniagaan di sana) tidak terlalu tinggi terutamanya dari segi gaji dan sebagainya,” katanya.

Belia berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran logo baharu syarikat itu oleh Pengerusi Malaysia International Islamic Finance (MIFC) Tan Sri Azman Mokhtar di sini hari ini.

Sempena majlis itu, syarikat berkenaan turut mengumumkan perlantikan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor sebagai duta rasmi mereka bagi memperkukuhkan imej korporat serta menyampaikan mesej perancangan harta Islam dengan lebih meluas.

Berkenaan operasi di Omar juga, Ariffin memaklumkan pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa institusi kewangan di sana.

“Mereka menunjukkan minat yang serius untuk bekerjasama terutama pengenalan hibah sebagai salah satu produk kepada perbankan Islam di Oman,” katanya.

Sementara itu Ariffin memaklumkan selepas lebih 20 tahun beroperasi, syarikat sudah menyelesaikan kes pusaka bernilai lebih RM1 bilion membabitkan 100,000 pelanggan.

“Syarikat juga menguruskan nilai aset dalam dalam perwarisan melebihi RM40 bilion,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan