Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap ketika menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Ramah Mesra YB Menteri Kesihatan bersama Warga Kerja Kesihatan Daerah Batang Padang di Hospital Tapah hari ini. Foto Bernama

Tarif AS kepada produk farmaseutikal, Malaysia perlu bersedia – Dzulkefly

ByBernama

IPOH, 10 April: Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kesan terhadap produk farmaseutikal sekiranya Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif baharu kepada sektor berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dalam mesyuarat Kabinet semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan berkenaan tarif produk farmaseutikal dalam proses akhir sebelum dimuktamadkan AS.

“Mereka (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) sedang menantikan pengumuman (AS) tentang tarif farmaseutikal, apakah dikecualikan daripada kadar 24 peratus itu. Pastinya ia akan menjejaskan bekalan dan segalanya.

“Saya tidak mahu memanjangkan hal ini tetapi ringkasnya kita perlu membuat persediaan kerana isu import dan eksport ini pastinya akan menjejaskan semua negara yang terkait,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Ramah Mesra Menteri Kesihatan bersama Warga Kerja Kesihatan Daerah Batang Padang di Hospital Tapah di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Kerajaan AS akan mengenakan tarif kepada produk farmaseutikal, sekali gus mengeluarkannya daripada senarai pengecualian sektor yang diumumkan Presiden Donald Trump pada Rabu minggu lepas.

Trump dilaporkan menjelaskan, tindakan itu perlu diambil susulan beberapa negara bertindak mengawal harga ubat-ubatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan