Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Pembangunan Sago dan Nipah (SNDB) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Song Ngeng Sago Industries, sebuah pengilang sagu yang beroperasi di Dalat. Foto SNDB

SNDB tinjau pemprosesan tepung sagu di Dalat

DALAT, 10 April: Lembaga Pembangunan Sago dan Nipah (SNDB) mengadakan satu lawatan kerja ke Song Ngeng Sago Industries, sebuah pengilang sagu yang beroperasi di Dalat, bagi meninjau operasi pemprosesan tepung sagu serta meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

SNDB dalam kenyataannya berkata, Song Ngeng Sago Industries telah beroperasi sejak tahun 1960-an, dengan keluasan operasi seluas lapan hektar dan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.18 metrik tan tepung sagu sejam.

“Kilang ini memainkan peranan penting dalam menyokong pekebun-pekebun kecil, khususnya di daerah Dalat, melalui pembelian dan pemprosesan sagu dari ladang komuniti setempat.

“Lawatan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan operasi kilang dan membincangkan peluang kerjasama jangka panjang antara SNDB dan pihak pengilang,” kata kenyataan itu.

Melalui sesi libat urus dan tinjauan di lapangan, kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen untuk meneroka bentuk kolaborasi yang dapat menyumbang ke arah pembangunan industri sagu yang lebih mampan, sekali gus memberi impak positif kepada kesejahteraan komuniti setempat dan pengukuhan rantaian nilai industri ini.

Lawatan ini dihadiri oleh pihak Lembaga Pembangunan Sago dan Nipah yang terdiri daripada Pengurus Besar, Zaidell Hussaini,
Pengurus Bahagian Penanaman dan Pengembangan Tanaman, Dr. Hasawardi Hazmi, dan pegawai kanan dari lembaga.

Pihak Song Ngeng diketuai oleh Pengarah Song Ngeng Sago Industries, Ling Che Huah, Pengurus Pemasaran, Danny Ling dan pihak pengurusan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan