Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan. Foto hiasan Envato

Serah sendiri kotak rokok berisi syabu ketika ditangkap polis

KOTA SAMARAHAN, 10 April: Seorang buruh diberkas dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah di hadapan sebuah pasar raya di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 44 tahun itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) sekitar jam 2.45 petang.

Suspek yang berumur 44 tahun ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Foto IPD Kota Samarahan

“Ketika ditangkap suspek dengan sendiri menyerahkan satu kotak rokok.

“Selepas diperiksa di dalamnya mengandungi satu peket kecil lutsinar yang berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan anggaran berat kasar 1.30 gram bernilai RM260,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dibawa ke pejabat BSJND IPD Kota Samarahan.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah. Suspek mengaku mula terlibat dalam kegiatan aktiviti penjualan dadah jenis syabu sejak awal tahun 2025,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan