Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarang tebuan sebesar tayar kancil berjaya dimusnahkan. Foto APM Limbang

Sarang tebuan sebesar tayar kereta kancil di siling rumah

LIMBANG, 10 April: Seorang penduduk terkejut selepas menyedari mereka ‘serumah’ dengan tebuan yang membina sarang sebesar tayar kereta kancil di siling rumah sebelum bertindak pantas menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang pada Rabu.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mereka menghubungi APM Limbang kerana bimbang mengenai keselamatan mereka.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggotanya diketuai koperal (PA) Mohd Arif Midun bergegas ke lokasi kejadian di Kampung Limpaong sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.27 petang.

Katanya Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang terdahulu menerima panggilan daripada orang awam iaitu kes musnah sarang serangga di sebuah rumah di Kampung Limpaong yang terletak tiga kilometer dari PKOD.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota kita berjumpa dengan pengadu bagi memastikan keberadaan sarang tebuan yang berada di atas siling rumah pengadu.

“Sarang tebuan sebesar tayar kancil berjaya dihapuskan dengan menggunakan kaedah bakar dan semburan racun serangga,” katanya kepada media hari ini.

Operasi memusnah sarang tebuan itu mengambil masa lebih sejam dan setelah memastikan keadaan selamat anggotanya terus bergerak balik ke PKOD Limbang jam 8.15 malam. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan