SARATOK, 10 April: Sebuah rumah teres setingkat di Taman Mini Rata di sini, hampir ranap dalam kebakaran ketika penghuninya tiada di rumah.
Komander Operasi, Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.48 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres setingkat jenis kekal telah terbakar 40 peratus.
“Semasa kejadian cuaca panas dan tiada penghuni berada di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba membuat size up dan terus melakukan pemadaman dengan membentang satu aliran Dua his bantu mula dua nozel dan satu aliran dari jentera bomba hingga api padam sepenuhnya.
“Setelah keadaan terkawal dan api padam sepenuhnya pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. – TVS