Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas (empat dari kanan) dan Dato Dr Richard (tiga dari kiri) ketika hadir ke English Language Carnival 2025 di SK Nanga Gayau pada Khamis. Foto: TVS

Program ELC diperluas ke luar bandar semai kepentingan bahasa Inggeris

DEBAK,10 April: Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak Sarawak diperluaskan ke luar bandar sejajar hasrat Sarawak menjadikan subjek itu sebagai bahasa kedua dengan perlaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan Sarawak amat komited melengkapkan pelajar sekolah bukan hanya ilmu akademik tetapi turut menguasai kemahiran bahasa Inggeris yang merupakan bahasa dunia global dan memberikan banyak manfaat buat mereka pada masa depan.

“Ini adalah satu pengetahuan untuk anak-anak menguasai bahasa Inggeris dan program ELC ini perlu diteruskan, dipantau dan dikemas kini untuk menyemai kepentingan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak terutama di luar bandar.

“Sarawak amat bertuah kerana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memfokuskan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sebab itu kita ada perlaksanaan DLP,”katanya pada pada Majlis Perasmian Penangguhan Program English Language Carnival (ELC) 2025 di Dewan Sri Gayau Dewan Sri Gayau Sekolah Kebangsaan Nanga Gayau, Debak hari ini.

Kata Uggah lagi Abang Johari amat menekankan kepentingan pendidikan di Sarawak dalam meningkatkan taraf kehidupan dan keupayaan generasi muda melengkapkan diri dengan kemahiran bahasa Inggeris sebagai aset kepimpinan negara pada masa depan.

Beliau turut memuji keberkasanan Program ELC sebagai platform tepat untuk memastikan setiap murid sekolah rendah dan menengah terutama di luar bandar dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik.

“Penganjuran karnival seumpamanya juga menjadi penanda aras keupayaan tenaga sumber manusia di wilayah ini kekal bersaing dalam pelbagai bidang di peringkat global pada masa depan,” ujarnya.

Program ELC 2025 merupakan program anjuran Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong.

Sebanyak tujuh buah sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban terlibat pada penganjuran kali ini, melibatkan seramai 136 peserta.

Antara sekolah terbabit ialah, Sk Saint John Nanga Tiga Betong, SJKC Chung Hua Spaoh, SK Paku Central Spaoh, SK Penom Spaoh, SK Spaoh, SK Suri Debak dan tuan rumah SK Nanga Gayau.

Antara matlamat dan objektif penganjuran program adalah, bagi memupuk serta menyemai minat di kalangan murid untuK menguasai Bahasa Inggeris semasa di sekolah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan