Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar. Foto PDRM

Polis selesaikan siasatan kes buli di MRSM babit tujuh pelajar

NIBONG TEBAL, 10 April: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, seramai tujuh pelajar lelaki di institusi itu telah dipanggil bagi merekodkan keterangan.

“Rakaman keterangan kesemua mereka termasuk mangsa telah selesai dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui jawatankuasa disiplin mengesyorkan tujuh pelajar yang terlibat dalam insiden itu untuk ditamatkan pelajaran selepas video berkaitan tular sejak Isnin lalu.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 31 saat itu, dua remaja lelaki dilihat menindih seorang remaja di atas katil dengan salah seorang daripada mereka memukul badan mangsa menggunakan objek dipercayai tali pinggang dipercayai di sebuah MRSM di negeri ini.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan di Facebook berkata, dua daripada pelajar itu didapati terlibat dalam kejadian buli, manakala lima lagi bersubahat.

Siasatan pihak polis mendapati, kejadian berkenaan berlaku pada pertengahan tahun lalu membabitkan pelajar tingkatan tiga di dalam sebuah bilik asrama. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan