Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta menunjukkan antara laluan yang ditutup dan dilencongkan di Bulatan Kipas. Foto IPD Miri

Penutupan dan lencongan jalan bagi kelancaran Miri International Marathon 2025

ByVanessa Enjop

MIRI, 10 April: Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan sempena Miri Marathon 2025 yang dijadual berlangsung pada 13 April 2025 bermula jam 12.01 tengah malam hingga 8.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, penutupan ini bertujuan memastikan kelancaran program serta keselamatan para peserta dan pengguna jalan raya sepanjang tempoh acara berlangsung.

Penutupan itu melibatkan laluan Bulatan Kipas, Jalan Bulan Sabit, Bulatan Pujut 3, lampu isyarat Lutong, Flyover Saberkas, lampu isyarat Bintang Megamall Miri, lampu isyarat Jalan Kubu, Bulatan Marriott, Jalan Tanjung Lobang, Jalan Luak, Jalan Bakam sehingga Luak Esplanade dan Simpang Jalan Merdu.

Sementara itu, beberapa jalan turut akan dilencongkan sepanjang tempoh penganjuran acara termasuk lampu isyarat Jalan Sehati/Jalan Sukan, lampu isyarat Pujut 7, Bulatan Sehati, Bulatan Puchong, lampu isyarat Brighton, Jalan Marina Utama, Bulatan Pullman, lampu isyarat Ambank, lampu isyarat Maybank, lampu isyarat Mega, lampu isyarat Jalan Sylvia, lampu isyarat Jalan Brooke dan lampu isyarat Jalan Kingsway.

Alexson turut menyarankan agar orang awam tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan atau sepanjang laluan perlumbaan bagi mengelakkan sebarang gangguan lalu lintas.

Antara lokasi tempat letak kenderaan yang disediakan adalah di Stadium Miri, Permaisuri Mall dan kawasan berdekatan lokasi acara.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan penutupan dan lencongan jalan raya boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri di talian 085–430479.

Miri Marathon 2025 akan bermula dan berakhir di hadapan Permaisuri Imperial City Mall serta bakal menyaksikan penyertaan pelari dari dalam dan luar negara dalam kategori Full Marathon 42km, Half Marathon 21km, Fun Run 10km dan Fun Run 5km. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan